BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 16, 2011

Helter Skelter..!!

Yaa Helter Skelter..ini adalah salah satu tajuk lagu The Beatles...sapa2 yg berkata bahawa dia adalah fans @ kipas? peminat The Beatles mesti taw pnya lagu ni..toksah dok muhung klo ckp xtaw...sula kang bwu taw..

 Lagu ini ditulis oleh Paul McCartney iaitu salah seorang ahli band The Beatles itu sendiri. Lagu ini bergenrekan 'hard rock' (bukan 'batu keras' atau Hard Rock Cafe eh) kerana ritmanya gitarnya dan cara nyanyian yg dinyanyikan oleh Paul McCartney itu sendiri. Semasa dinyanyikan bersama The Beatles, Paul McCartney bertukas posisi dengan John Lennon iaitu Paul McCartney sbagai lead vocal dan lead guitarist manakala John Lennon pula sebagai penyanyi latar dan bassist untuk lagu ini.

Sebenarnya kenapa lagu ini diperkatakan disini? Mengapa bukan lagu-lagu The Beatles yg lain?
Mengapa? Mengapa?
MyEm0.Com
awat ngn monyet ni??
Kembali kepada ayat dan ejaan skema..ini kerana lagu ini telah terpilih untuk memenangi (minta izin yg dipertua~chewah mcm dlm dewan parlimen mintak kbenaran nk guna pkataan BI) Best Solo Rock Vocal Performance Award dalam Grammy Awards yang ke-53 yang telah diadakan di Staples Center di LA pada 13 Februari baru-baru ini. Bangga gue sebagai peminat The Beatles..hehehe~
 
MyEm0.Com
bangga la plak monyet ni..adakah aku cenggini bila berbangga??
Lagu ini dimenangi oleh Paul yang telah bergerak secara solo sekarang ini. Tak percaya? Klik disini. Ha 'disini' tu ialah calon-calon bagi setiap anugerah beserta dengan pemenangnya. Kalau tak percaya jugak tak tau la nk cakap cmne lagi..

So skrg mari kita layan lagu Helter Skelter yg dinyanyikan secara live dari album beliau yg bertajuk Good Morning New York City bersama band beliau kira2 2 tahun yg lalu..hehehe~


Wednesday, February 9, 2011

1st GiveAway Ang Pow Chinese New Year


Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat di Malaysia tidak kira dia berbangsa Cina, India, Melayu, Siam, Serani, Iban, Kenyah, Kedayan, Kadazan Dusun dan yang sewaktu dengannya. Tak larat nak sebut dah sebab kita terlalu 1 Malaysia la katakan...hahaha~

Nak tag sape ea??
Apa-apa pun saya masih dalam proses pembelajaran membuat blog..sebarang tunjuk ajar dialu-alukan..ayat pun skema tulis pun penuh2 tak ada short form..haha~